Recent Posts

Selamat datang ke blog rasmi SMK Seri Tasik,Jalan 6/106 , Bandar Sri Permaisuri ,56000 ,Cheras , KL. No Tel :03-91726824 No Tel(PPKI): 03-91734620 No Faks : 03-91714754 Email : wea0245@moe.edu.my

Wednesday, 12 March 2014

Bulan Tarbiyah 2014


Pada tarikh 7 Mac 2014 (Jumaat), telah berlangsungnya majlis perasmian Bulan Tarbiyah 2014 di Dewan Terbilang SMK Seri Tasik.Tema program Bulan Tarbiyah pada tahun ini ialah Selangkah Menuju Kebaikan. 

Objektif Bulan Tarbiyah ialah:



1.1              Memberi peluang kepada murid menyertai aktiviti-aktiviti dakwah yang menjadi platform utama dalam membentuk jiwa dan semangat pendakwah dalam diri murid.
1.2              Melatih murid dalam pengurusan berorganisasi dan membentuk nilai-nilai murni sebagai generasi yang bakal menerajui pucuk pimpinan masa hadapan
1.3              Memberi peluang kepada murid menunjukkan bakat dan kebolehan yang dimiliki untuk perkembangan jasmani, rohani, intelek dan sosial (JARIS).
1.4              Membantu murid meningkatkan motivasi dan keyakinan diri untuk mencapai kejayaan dalam bidang akadamik mahupun sosial.















Wednesday, 26 February 2014

Majlis Pelantikan Ketua & Penolong Ketua Tingkatan

Pada tarikh 24 FEBRUARI 2014 (ISNIN) , Majlis Pelantikan Ketua dan Penolong Ketua Tingkatan telah berlangsung . Perasmian dilakukan oleh PN.HJH. SITI LIAH BT CHE MUDA , Pengetua , SMK Seri Tasik yang bertempat di Dataran Cemerlang ,SMK Seri Tasik

Objektif majlis pelantikan ini ialah :


  • Membentuk identiti dan akhlak mulia pelajar yang berguna sebagai peluang untuk berkhidmat kepada sekolah .
  • Melahirkan individu yang menjadikan sifat tanggungjawab sebagai asas kejayaan peribadi . 
  • Melahirkan generasi yang berdedikasi dan beriltizam .
  • Memberi dorongan dan perangsang kepada pelajar untuk menjadi pemimpin dan contoh kepada pelajar lain dalam aspek sahsiah dan akademik .


















Tuesday, 25 February 2014

Kejohanan Merentas Desa

Pada 22 Februari 2014 (Sabtu), satu acara iaitu Kejohanan Merentas Desa telah diadakan bertempat di Taman Tasik Permaisuri. Semua pelajar dikehendaki berkumpul di sana pada jam 7.30 pagi dan acara dimulakan dengan aktiviti memanaskan badan. 

Pelajar-pelajar dilepaskan mengikut kelas masing-masing. Kelas yang pertama ialah P1 dan P2, diikuti dengan P3. Seterusnya, L1 dan L2, diikuti dengan L3. 

Pada akhir acara ini, penyampaian hadiah berlangsung. Pemenang tempat pertama hingga kelima belas mendapat hadiah berupa pingat. Juara keseluruhan bagi rumah sukan ialah rumah Bendahara (biru), naib juara pula ialah rumah Syahbandar (hijau), diikuti dengan rumah Temenggung (kuning) dan tempat keempat ialah rumah Laksamana (merah).


Aktiviti senamrobik memanaskan badan.












Pelajar-pelajar perempuan bersedia untuk memulakan larian.


Pelajar-pelajar lelaki bersedia untuk dilepaskan berlari. 











Para pengawas yang bertugas bersama guru.


Ahli PBSM yang bertugas pada hari tersebut.