Pelajar-pelajar dilepaskan mengikut kelas masing-masing. Kelas yang pertama ialah P1 dan P2, diikuti dengan P3. Seterusnya, L1 dan L2, diikuti dengan L3.
Pada akhir acara ini, penyampaian hadiah berlangsung. Pemenang tempat pertama hingga kelima belas mendapat hadiah berupa pingat. Juara keseluruhan bagi rumah sukan ialah rumah Bendahara (biru), naib juara pula ialah rumah Syahbandar (hijau), diikuti dengan rumah Temenggung (kuning) dan tempat keempat ialah rumah Laksamana (merah).
Aktiviti senamrobik memanaskan badan. |
Pelajar-pelajar perempuan bersedia untuk memulakan larian. |
Pelajar-pelajar lelaki bersedia untuk dilepaskan berlari. |
Para pengawas yang bertugas bersama guru. |
Ahli PBSM yang bertugas pada hari tersebut. |