Recent Posts

Selamat datang ke blog rasmi SMK Seri Tasik,Jalan 6/106 , Bandar Sri Permaisuri ,56000 ,Cheras , KL. No Tel :03-91726824 No Tel(PPKI): 03-91734620 No Faks : 03-91714754 Email : wea0245@moe.edu.my

Monday 27 February 2012

Merentas Desa 2012

Acara Merentas Desa Peringkat Sekolah telah dijalankan pada 18 Februari 2012 yang lalu di Taman Tasik Permaisuri, KL.

Acara telah dijalankan dengan meriah walaupun pada hari tersebut pelajar sekolah kami terpaksa berkongsi padang dengan tiga buah sekolah yang lain. Syabas kepada pelajar sekolah yang tetap bersemangat meneruskan acara sehingga tamat.




Friday 24 February 2012

Pertandingan Gamelan Sekolah-Sekolah WPKL 2012



Pada 11 Februari 2012 lalu, sekolah ini telah menghantar wakil ke pertandingan gamelan untuk sekolah-sekolah di WPKL. Pertandingan ini disertai oleh 25 orang pelajar yang terdiri daripada tingkatan 1 hingga 3. Untuk kategori Kontemporari, seramai 14 orang pelajar telah mengambil bahagian. Lagu yang dibawa ialah lagu Inang Cina manakala kategoriTradisional diwakili oleh 8 orang pelajar yang membawakan lagu Antawada. Syabas diucapkan kepada guru muzik selaku guru pembimbing mereka iaitu Cik Norshahizan bt Baharum...Walaupun sekolah kita tidak mendapat tempat dalam pertandingan ini...jangan serik, tahun depan, cuba lagi ya...








Thursday 16 February 2012

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2012

 Pada 10 Februari 2012 , pihak sekolah telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul dimana pihak sekolah telah menjemput tuan penceramah jemputan iaitu Ustaz Adlan bin Abdul Aziz daripada  SMK Taman Yarl. Ceramah yang disampaikan oleh beliau begitu mantap dan telah berjaya menyuntik kesedaran akan kasihnya kami semua kepada junjungan kita Nabi Muhamad S.A.W. Sebenarnya, pada 6 Februari 2012, pihak sekolah telah menghantar beberapa orang pelajar sebagai wakil untuk menyertai pertandingan perarakan peringkat Masjid An-Najihin yang dianjurkan oleh komuniti setempat. Syabas kepada pelajar-pelajar yang telah menyertai perarakan ini.Kepada Ustazah Nadrah bt Anuar dan Ustaz Mohd Afiq bin Zahari, terima kasih kerana menjadi guru pengiring pelajar-pelajar tersebut...Tahun depan,jangan lupa masuk lagi ya!!!






Sunday 5 February 2012

Pengumuman Keputusan PMR 2011


Pihak sekolah sangat berbesar hati kerana sekolah ini telah berjaya mencatat kejayaan yang boleh dibanggakan. Seramai 4 orang pelajar telah berjaya mendapat keputusan cemerlang 8A. Puan Siti Khalijah bt Hj Isa, selaku pengetua, telah mengambil mengambil inisiatif untuk memberi sedikit cenderahati kepada para pelajar yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Terima kasih....puan.


Wednesday 1 February 2012

Doa Penerang Hati


Kepada guru-guru muslim, sila galakkan pelajar membaca doa ini sebelum memulakan pelajaran untuk mendapat keberkatan dan keredaan daripada Allah SWT.