Recent Posts

Selamat datang ke blog rasmi SMK Seri Tasik,Jalan 6/106 , Bandar Sri Permaisuri ,56000 ,Cheras , KL. No Tel :03-91726824 No Tel(PPKI): 03-91734620 No Faks : 03-91714754 Email : wea0245@moe.edu.my

Monday 7 April 2014

Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah Dan Pengawas Pusat Sumber

Pada tarikh 03 APRIL 2014 (KHAMIS) , Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber telah berlangsung . Perasmian dilakukan oleh PN.HJH. SITI LIAH BT CHE MUDA , Pengetua , SMK Seri Tasik yang bertempat di Dataran Cemerlang ,SMK Seri Tasik.


Objektif Majlis Pelantikan ini ialah :
  • Membentuk identiti dan akhlak mulia pelajar yang berguna sebagai peluang untuk berkhidmat kepada sekolah.
  • Melahirkan individu yang menjadikan sifat tanggungjawab sebagai asas kejayaan peribadi.
  • Melahirkan generasi yang berdedikasi dan beriltizam
  • Memberi dorongan dan perangsang kepada pelajar untuk menjadi pemimpin dan contoh kepada pelajar lain dalam pelbagai aspek sahsiah mahupun aspek akademik .