Pada 27 Jun 2012 yang lalu, sekolah telah mengadakan satu lawatan ke Snowalk@i-City, Shah Alam sempena minggu ICT. Seramai 80 pelajar telah mengikuti lawatan ini dengan menaiki dua buah bas. Perjalanan bermula pada jam 8 pagi dan kami sampai ke destinasi lebih kurang sejam kemudian. Selepas bersarapan, semua peserta lawatan dibenarkan masuk ke lokasi Snowalk@i-City selepas mendapatkan pas masuk. Banyak pengalaman baru yang dapat dipelajari di lokasi ini...antaranya bagaimana syarikat ini menggunakan teknologi dingin beku untuk mewujudkan suasana 'snow'sepanjang masa....sejuk tau!!! Selepas puas bermain dengan 'snow'...lebih kurang pada jam 4.00 petang..barulah kami berangkat pulang...Kepada semua guru pengiring terutamanya Pn Salwa bt Ahmad yang sungguh komited menganjurkan lawatan ini....Cik Norhidayah yang sanggup berkorban walaupun dalam keadaan demam panas...dengan bantuan Pn Pengetua yang sangat prihatin dan budiman...menjadikan lawatan ini satu realiti....TERIMA KASIH kepada semua pihak yang menjadikan lawatan ini satu REALITI....Bye..
Antara pelajar yang sedang menunggu di perhentian bas sekolah...
Tiba di destinasi....
Para pelajar sedang menunggu di hadapan pintu masuk....
Entrance.....
Antara permandangan di dalam snowalk....
Pelajar menikmati permainan di dalam snowalk. Banyak permainan disediakan tau...
Antara guru pengiring, atas: Pn Lee Poh Ching.
Bawah: Pn. Salwa
Kenangan yang sempat dirakam sebelum pulang...
Semua pelajar seronok semasa dalam perjalanan pulang dari snowalk@i-City.