Recent Posts

Selamat datang ke blog rasmi SMK Seri Tasik,Jalan 6/106 , Bandar Sri Permaisuri ,56000 ,Cheras , KL. No Tel :03-91726824 No Tel(PPKI): 03-91734620 No Faks : 03-91714754 Email : wea0245@moe.edu.my

Saturday 28 July 2012

LATIHAN VLE-FROG


Dua orang guru ICT sekolah ini iaitu Pn Salwa dan En Azlizan telah menghadiri Latihan VLE-FROG (Virtual Learning Environment) oleh YTL Communicatuins SDN BHD di PKG Pudu.Kursus ini berjalan selama 3 hari iaiatu pada 25,26 dan 28 Julai 2012.Kursus ini mendedahkan guru  tentang prasarana pembelajaran di alam maya yang baru dan menyeronokkan.

Thursday 12 July 2012

Minggu ICT


                                      
Pada 2 Julai 2012 yang lepas, SMK Seri Tasik telah mengadakan Minggu ICT serentak dengan Minggu Pusat Sumber Sekolah. Perasmian kedua-dua minggu ini telah disempurnakan oleh pengetua sekolah, Pn Hjh Siti Khalijah bt Hj Isa. Kedua-dua minggu ini berlansung selama seminggu iaiatu 2 -Julai 2012. Pelbagai aktiviti telah disediakan untuk para pelajar. Antaranya ialah

  • Kursus Dalaman untuk guru-guru ICTL di Makmal Komputer 1 yang dikendalikan oleh Juruteknik Komputer SMKST iaitu En Hairul Saffarin bin Yaakob (9 Julai 2012)




Kursus ini mendedahkan kepada guru guru ICTL tentang sistem pengurusan Makmal Komputer Sekolah seperti perisian Netsupport Configurator, Blue Coat K9 Web Protection, SisLog dan sebagainya.

  • Ceramah Tentang Keselamatan Data di Internet -Facebook oleh En Edwan bin Azzamudin dari Syarikat Cyber Security Malaysia. Pelajar yang menyertai ceramah ini adalah pelajar dari tingkatan 2 dan 4.










  • Bengkel Animasi 2Dimensi - pelajar yang terlibat dalam bengkel ini ialah pelajar Tingkatan 1 dan 2 sahaja. Bengkel ini diadakan pada 4 & 11 Julai 2012 (2 Rabu berturut-turut). Bengkel ini telah mendedahkan para pelajar tentang cara membuat filem animasi 2-D seperti cerita KAMPUNG BOY !!! . Penceramah Bengkel Animasi jemputan ialah Muhd Firdaus bin Salim  yang telah berjaya memenangi pertandingan Animasi (The Best Sound Effects) peringkat Negeri pada tahun 2010 yang lalu.
                        







  • Jualan peralatan ICT oleh syarikat Nadi Ayu Technologies Sdn Bhd. Jualan ini diadakan pada 5 & 6 Julai 2012. Jualan ini menjual barangan ICT dengan harga yang murah.





  • Lawatan ke i-City"Snowalk, Shah Alam, pada 27 Julai 2012. Seramai 80 orang orang pelajar dan 5 orang guru terlibat dalam lawatan ini.











Monday 2 July 2012

Lawatan ke Snowalk i-City, Shah Alam

Pada 27 Jun 2012 yang lalu, sekolah telah mengadakan satu lawatan ke Snowalk@i-City, Shah Alam sempena minggu ICT. Seramai 80 pelajar telah mengikuti lawatan ini dengan menaiki dua buah bas. Perjalanan bermula pada jam 8 pagi dan kami sampai ke destinasi lebih kurang sejam kemudian. Selepas bersarapan, semua peserta lawatan dibenarkan masuk ke lokasi Snowalk@i-City selepas mendapatkan pas masuk. Banyak pengalaman baru yang dapat dipelajari di lokasi ini...antaranya bagaimana syarikat ini menggunakan teknologi dingin beku untuk mewujudkan suasana 'snow'sepanjang masa....sejuk tau!!! Selepas puas bermain dengan 'snow'...lebih kurang pada jam 4.00 petang..barulah kami berangkat pulang...Kepada semua guru pengiring terutamanya Pn Salwa bt Ahmad yang sungguh komited menganjurkan lawatan ini....Cik Norhidayah yang sanggup berkorban walaupun dalam keadaan demam panas...dengan bantuan Pn Pengetua yang sangat prihatin dan budiman...menjadikan lawatan ini satu realiti....TERIMA KASIH kepada semua pihak yang menjadikan lawatan ini satu REALITI....Bye..

Antara pelajar yang sedang menunggu di perhentian bas sekolah...

Tiba di destinasi....

Para pelajar sedang menunggu di hadapan pintu masuk....


Entrance.....







Antara permandangan di dalam snowalk....


Pelajar menikmati permainan di dalam snowalk. Banyak permainan disediakan tau...


Antara guru pengiring, atas: Pn Lee Poh Ching. 
Bawah: Pn. Salwa

Kenangan yang sempat dirakam sebelum pulang...

Semua pelajar seronok semasa dalam perjalanan pulang dari snowalk@i-City.