Recent Posts

Selamat datang ke blog rasmi SMK Seri Tasik,Jalan 6/106 , Bandar Sri Permaisuri ,56000 ,Cheras , KL. No Tel :03-91726824 No Tel(PPKI): 03-91734620 No Faks : 03-91714754 Email : wea0245@moe.edu.my

Wednesday 16 April 2014

Monday 7 April 2014

Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah Dan Pengawas Pusat Sumber

Pada tarikh 03 APRIL 2014 (KHAMIS) , Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber telah berlangsung . Perasmian dilakukan oleh PN.HJH. SITI LIAH BT CHE MUDA , Pengetua , SMK Seri Tasik yang bertempat di Dataran Cemerlang ,SMK Seri Tasik.


Objektif Majlis Pelantikan ini ialah :
  • Membentuk identiti dan akhlak mulia pelajar yang berguna sebagai peluang untuk berkhidmat kepada sekolah.
  • Melahirkan individu yang menjadikan sifat tanggungjawab sebagai asas kejayaan peribadi.
  • Melahirkan generasi yang berdedikasi dan beriltizam
  • Memberi dorongan dan perangsang kepada pelajar untuk menjadi pemimpin dan contoh kepada pelajar lain dalam pelbagai aspek sahsiah mahupun aspek akademik .




















Tuesday 1 April 2014

Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ)

Pada 15/3/2014 (Sabtu),bertempat di SMK Seri Tasik,Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-Sekolah(MTQSS) WP Kuala Lumpur Peringkat Zon Pudu Tahun 1435H/2014M telah berlangsung. Timbalan Pengarah PPWBP ( Tuan Haji Ismail Bin Musa) telah hadir untuk memeriahkan lagi majlis ini. Tema tahun ini ialah Al-Quran Menjana Tranformasi Ummah Wasatiyyah .
OBJEKTIF:

  • Meningkatkan kesedaran kepada murid supaya tidak mengabaikan tanggungjawab diri sebagai hamba Allah .
  • Membimbing para murid supaya dapat menjalani kehidupan dengan berakhlak mulia dan berlandaskan syariat.
  • Melahirkan generasi Al-Quran yang membaca , menghafaz, mendalami dan menghayati Al-Quran dalam kehidupan mereka.
  • Mengcungkil dan mengembangkan potensi serta bakat murid dalam bidang tilawah, hafazan, syarahan agama dan azan.