Pada 21 Mac 2012, keputusan SPM 2011 telah diumumkan. Pelbagai reaksi yang dapat dilihat. Gelisah, resah, dan risau. Namun disebalik keresahan, ada juga pelajar yang kelihatan tenang menunggu keputusan yang mendebarkan. Doa sebagai pendinding. Allah sebagai tempat melindung. Walaupun apa jua keadaan, pelajar harus menerima seadanya.
Pencapaian sekolah kami agak memberangsangkan. Mungkin tiada straight A's tapi sekolah kami telah berjaya melahirkan seorang pelajar cemerlang yang memperoleh keputusan 8A. Tahniah pihak sekolah ucapkan. Ini antara gambar-gambar dan reaksi pelajar sekolah kami.