Recent Posts

Selamat datang ke blog rasmi SMK Seri Tasik,Jalan 6/106 , Bandar Sri Permaisuri ,56000 ,Cheras , KL. No Tel :03-91726824 No Tel(PPKI): 03-91734620 No Faks : 03-91714754 Email : wea0245@moe.edu.my

Thursday 27 September 2012

Pertandingan Lorong PPDa 2012

Pencapaian SMKST kini semakin sukses. SMKST telah memenangi pertandingan lorong PPDa 2012 peringkat negeri & akan mewakili Kuala Lumpur di peringkat kebangsaan. Ini merupakan satu pencapaian yang boleh dibanggakan dan menjadi satu batu loncatan untuk warga SMKST agar terus berusaha untuk lebih berjaya setaraf sekolah-sekolah lain.

Pantun inhalan

Pantun rokok

Pantun dadah



Hasil kerja kayu pelajar Pendidikan Seni Visual

Pondok jaga SMKST juga diceriakan dengan mural PPDa

Bahan anti rokok

Bahan anti dadah

Mural "Keluarga Bahagia Tanpa Dadah"

Mural tema-tema PPDa

Hasil karya pelajar SMKST

Laluan "Tangga Kejayaan"

Fakta penyalahgunaan dadah

Laluan koperasi sekolah

Mural "Keluarga Bahagia Tanpa Dadah"

Laluan ke bilik kaunseling

Mural kata-kata motivasi


Bilik PPDa digunakan oleh pelajar moral

Ikrar anti dadah hasil karya pelajar

Kata-kata motivasi di bilik PPDa

Karnival Kokurikulum 2012

Sekolah akan menganjurkan Karnival Kokurikulum bagi tahun 2012 pada 29 September, Sabtu. Pelbagai aktiviti akan diadakan selain penyampaian hadiah untuk para atlet & tokoh kokurikulum sekolah, antaranya;

  • Jualan makanan & minuman
  • Pertandingan kawad kaki badan unit beruniform
  • Pertandingan permainan bola jaring & futsal
Para pelajar & ibubapa dijemput hadir bagi memeriahkan lagi karnival ini. Syabas kepada pihak penganjur.....

Perkhemahan Kem Wirajaya

Pada 13 & 14 Julai yang lepas, sekolah telah mengadakan Kem Wirajaya bertempat di Forest Resort, Hutan Simpan Sg. Congkak, Hulu Langat Selangor. Seramai 80 ahli badan unit beruniform telah menyertai perkhemahan ini serta 10 orang guru pembimbing. Program ini bejalan selama 2 hari 1 malam.


Objektif program ini diadakan adalah untuk:
1.  Memberi peluang kepada setiap peserta menonjolkan bakat kepimpinan yang ada dalam diri     setiap individu
2.    Mewujudkan semangat bekerjasama dan kemahiran berorganisasi dalam kalangan pelajar
3.   Menjelaskan tugas dan tanggungjawab seorang pemimpin yang baik dalam melaksanakan amanah yang diberi
4.    Memberi pengalaman berbeza yang dapat membentuk sifat kepimpinan mereka
5.    Mengeratkan ikatan persahabatan dan mengutarakan semangat cinta akan Negara.


HARI PERTAMA ( 13 JULAI 2012)
Masa
Aktiviti
4.00pm
Taklimat Kursus, Tatacara Kursus, Pecahan Kumpulan dan Kawad
5.00pm
Minum petang, Solat Asar dan Usrah
5.30pm
Game station:
Simpul Kasih, Satu Untuk Semua, Naga Sakti dan Tiang Amanah
*Untuk Mendidik Ahli Agar Dapat Menarik Minat Pelajar Menyertai Game Station Di Sekolah
7.00pm
Makan Malam, Solat Maghrib dan Kuliyah Maghrib
8.00pm
L.D.K 1:
Apakah Kelebihan Persatuan Anda?
Bagaimana Menarik Minat Pelajar Menyertai Persatuan Anda?
Visi Dan Misi Persatuan.
10.00pm
Minum Malam dan Solat Isyak
10.30pm
Modul 1: Hubungan Manusia Dengan Manusia Dibumi Ini
L.D.K 2:  Bersatu Teguh, Bercerai Roboh
12.00pm
Komunikasi Seorang Pemimpin
L.D.K 3: Radio Rosak
2.00pm
Tidur

HARI KEDUA (14 JULAI 2012)
Masa
Aktiviti
6.30am
Solat Subuh Dan Kuliyah Subuh
7.30am
Senaman Pagi
8.00am
Sarapan Pagi
8.30am
Modul 2:
Tatacara Mendirikan Khemah
Ciri-ciri Keselamatan
Latihan di Tapak Khemah
Mengenali Alam
Cara Menghidupkan Api
Cara Membuat Perangkap Binatang

L.D.K 4:
Masak Nasi Dan Makan Dalam Buluh
12.00pm
Makan masakan yang dimasak
1.30pm
L.D.K 5:
Cara Bersolat Dalam Hutan Semasa Kursus
Membuat Sejadah Daripada Daun
Pakaian Lelaki Dan Pakaian Perempuan Ketika Solat Dalam Hutan
2.30pm
Ciri-Ciri Pertolongan Cemas
Asas Pertolongan Cemas
L.D.K 6:  Latihan Kecemasan
4.30pm
Minum Petang, Solat Dan Penutup
 
Sedikit bingkasan gambar pelajar yang menyertai Kem Wirajaya :



Pelajar berkumpul untuk mendengar sedikit taklimat sebelum bertolak




Pelajar berada dalam bas untuk bertolak ke Hutan Simpan Sg.Congkak

Di sana pelajar melakukan pelbagai aktiviti yang dijalankan secara berkumpulan untuk memupuk semangat kerjasama antara pelajar.



Sebahagian kerja yang dilakukan secara berkumpulan semasa di kem.



Pembentangan kertas kerja

Pelajar juga berksempatan untuk mandi di sungai. Mereka begitu gembira (:




Antara guru yang mengikuti kem ini


Pelajar sedang mendengar sedikit taklimat dan melakukan senaman ringan




Seterusnya, majlis penyampaian hadiah kepada para plajar




Pelajar-pelajar juga sempat mengambil gambar sebagai kenangan mereka semasa di sana




Sekian, assalamualaikum 



















Wednesday 26 September 2012

PPDa

VISI

Sekolah bebas dadah 2012. Negara bebas dadah 2015.

MISI

Melahirkan pelajar bebas dadah melalui program PPDa yang bersepadu & menyeluruh daripada aspek pengurusan & kepimpinan, kurikulum, kokurikulum & pembangunan sahsiah.

OBJEKTIF

  • Menghasilkan pengetahuan, kefahaman, kemahiran pendidikan pencegahan dadah kepada murid, guru & kakitangan sekolah.
  • Membentuk budaya sihat positif & amalan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar SMK Seri Tasik.
  • Membimbing pelajar mengamalkan kemahiran diri yang positif.