Recent Posts

Selamat datang ke blog rasmi SMK Seri Tasik,Jalan 6/106 , Bandar Sri Permaisuri ,56000 ,Cheras , KL. No Tel :03-91726824 No Tel(PPKI): 03-91734620 No Faks : 03-91714754 Email : wea0245@moe.edu.my

Thursday 24 May 2012

Selamat Bercuti Penggal 1 2012

Pihak sekolah mengucapkan selamat bercuti kepada semua pelajar sekolah ini....Jangan lupa buat semua kerja sekolah yang diberi oleh guru-guru...dan rajin-rajinlah mengulangkaji pelajaran....Kepada pelajar PMR dan SPM, gunakanlah masa sebaik-baiknya supaya keputusan peperiksaan kamu nanti...boleh membanggakan pihak sekolah. Jangan tergolong dalam kategori di bawah ya...

CIRI-CIRI PELAJAR YANG GAGAL


pemalas.jpg 1. Mempunyai sifat “malas” yang menjadi musuh utama kejayaan.
2. Tidak bermotivasi.
3. Mempunyai tanggapan bahawa pelajaran belum tentu memberi jaminan masa depan.
4. Menjadikan seseorang yang telah gagal sebagai idola atau model.
5. Tidak bersedia menghadapi pembelajaran dalam bilik darjah.
6. Tiada perancangan untuk belajar dengan berkesan.
7. Terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang menjurus ke arah perkara-perjara yang tidak baik. :-(
8. Sentiasa menangguhkan masa untuk belajar hingga ke saat-saat akhir peperiksaan.
9. Datang lewat ke sekolah dan selalu ponteng sekolah.
10. Gagal menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru.
11. Berangan-angan dan sering bermain-main dalam bilik darjah.
12. Tidak mempunyai kelengkapan persekolahan yang lengkap untuk proses pembelajaran.
13. Sentiasa bermasalah, suka mencari masalah dan mendatangkan masalah di sekolah dan luar sekolah.
14. Melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak sihat seperti melepak dengan rakan-rakan di bandar-     bandar, terlibat dengan kegiatan tidak bermoral
15. Menjadikan kemiskinan penghalang kepada usaha untuk berjaya dalam pendidikan.
16. Terlalu berserah pada nasib dan tidak mahu lagi berusaha untuk mengubah dirinya.
17. Lebih banyak bergantung kepada ibu, bapa, guru dan rakan-rakan untuk belajar. Tidak boleh berdikari.
18. Tidak ada perancangan masa untuk belajar seperti mengadakan jadual waktu.
19. Sentiasa beranggapan bahawa peperiksaan dalam kelas adalah tidak penting.
20. Tidak menggunakan sepenuhnya perpustakaan sebagai gedung untuk mencari dan
      menambahkan ilmu.
21. Tidak sanggup mengorbankan masa, tenaga, fikiran dan wang ringgit demi untuk  pelajaran.  Pelajar seperti ini lebih sanggup menghabiskan wang mereka untuk membeli majalah-majalah hiburan  atau komik kegemaran mereka.
22. Tidak menghormati ibu, bapa, guru, orang tua dan rakan-rakan sekelas.
23. Mementingkan diri sendiri dalam apa sahaja yang dilakukan termasuklah pembelajaran.
24. Gagal menunaikan tanggungjawab kepada Allah.
25. Menyalahkan nasib dan takdir jika berlaku sebarang masalah. Namun tidak pernah mahu menyalahkan diri sendiri.
26. Cepat putus asa dan kecewa apabila gagal.

Selamat Hari Guru 2012

Blogger SMK Seri Tasik mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di sekolah ini. Semoga kalian semua semakin bersemangat untuk menjalankan tugas sejajar dengan aspirasi negara....jangan lupa tema Hari Guru tahun ni tau...'Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara'. Satu lagi...Tahniah diucapkan kepada guru-guru yang telah dinaikkan pangkat ke DG44...DG48...DG52...yang tak termasuk dalam senarai tu... nasihat daripada kami...pergilah 'check' kat Jabatan.

Monday 14 May 2012

Hari Usahawan Sekolah

Pada 28 April 2012 yang lalu, pihak sekolah telah mengadakan Hari Usahawan dengan jayanya. Pelbagai aktiviti jualan telah diadakan. Pihak luar juga turut menyertai aktiviti jualan ini seperti pihak Perodua , Unit Berkuda DBKL dan basikal antik. Hasil jualan sangat memberansangkan. Semua pelajar tingkatan 4 dan 5 turut menyertai aktiviti jualan tersebut. Mereka bersemangat menjual jualan mereka untuk membantu sekolah mengumpul dana.  30% daripada hasil jualan mereka diberi kepada pihak sekolah. Ramai pengunjung dari luar turut memeriahkan suasana pada hari itu. Syabas kepada semua warga yang terlibat dalam aktiviti jualan gerai. Terima kasih, diucapkan kepada semua yang memeriahkan hari usahawan kami.