Recent Posts

Selamat datang ke blog rasmi SMK Seri Tasik,Jalan 6/106 , Bandar Sri Permaisuri ,56000 ,Cheras , KL. No Tel :03-91726824 No Tel(PPKI): 03-91734620 No Faks : 03-91714754 Email : wea0245@moe.edu.my

Tuesday 25 February 2014

Kejohanan Merentas Desa

Pada 22 Februari 2014 (Sabtu), satu acara iaitu Kejohanan Merentas Desa telah diadakan bertempat di Taman Tasik Permaisuri. Semua pelajar dikehendaki berkumpul di sana pada jam 7.30 pagi dan acara dimulakan dengan aktiviti memanaskan badan. 

Pelajar-pelajar dilepaskan mengikut kelas masing-masing. Kelas yang pertama ialah P1 dan P2, diikuti dengan P3. Seterusnya, L1 dan L2, diikuti dengan L3. 

Pada akhir acara ini, penyampaian hadiah berlangsung. Pemenang tempat pertama hingga kelima belas mendapat hadiah berupa pingat. Juara keseluruhan bagi rumah sukan ialah rumah Bendahara (biru), naib juara pula ialah rumah Syahbandar (hijau), diikuti dengan rumah Temenggung (kuning) dan tempat keempat ialah rumah Laksamana (merah).


Aktiviti senamrobik memanaskan badan.












Pelajar-pelajar perempuan bersedia untuk memulakan larian.


Pelajar-pelajar lelaki bersedia untuk dilepaskan berlari. 











Para pengawas yang bertugas bersama guru.


Ahli PBSM yang bertugas pada hari tersebut.