Recent Posts

Selamat datang ke blog rasmi SMK Seri Tasik,Jalan 6/106 , Bandar Sri Permaisuri ,56000 ,Cheras , KL. No Tel :03-91726824 No Tel(PPKI): 03-91734620 No Faks : 03-91714754 Email : wea0245@moe.edu.my

Wednesday 12 March 2014

Bulan Tarbiyah 2014


Pada tarikh 7 Mac 2014 (Jumaat), telah berlangsungnya majlis perasmian Bulan Tarbiyah 2014 di Dewan Terbilang SMK Seri Tasik.Tema program Bulan Tarbiyah pada tahun ini ialah Selangkah Menuju Kebaikan. 

Objektif Bulan Tarbiyah ialah:



1.1              Memberi peluang kepada murid menyertai aktiviti-aktiviti dakwah yang menjadi platform utama dalam membentuk jiwa dan semangat pendakwah dalam diri murid.
1.2              Melatih murid dalam pengurusan berorganisasi dan membentuk nilai-nilai murni sebagai generasi yang bakal menerajui pucuk pimpinan masa hadapan
1.3              Memberi peluang kepada murid menunjukkan bakat dan kebolehan yang dimiliki untuk perkembangan jasmani, rohani, intelek dan sosial (JARIS).
1.4              Membantu murid meningkatkan motivasi dan keyakinan diri untuk mencapai kejayaan dalam bidang akadamik mahupun sosial.