Recent Posts

Selamat datang ke blog rasmi SMK Seri Tasik,Jalan 6/106 , Bandar Sri Permaisuri ,56000 ,Cheras , KL. No Tel :03-91726824 No Tel(PPKI): 03-91734620 No Faks : 03-91714754 Email : wea0245@moe.edu.my

Sejarah Sekolah




Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tasik telah dibina di atas kawasan seluas 7.2 ekar yang merangkumi 4 blok bangunan 4 tingkat. Tapak asal kawasan sekolah ini merupakan bekas tapak lombong yang ditebus guna.
          
        Projek meratakan tanah telah dimulakan pada Januari 2000. Kemudian diikuti dengan kerja-kerja pembinaan yang bermula pada akhir Januari 2001. Setelah hampir 1 tahun 9 bulan dilaksanakan,akhirnya bangunan sekolah siap dibina sepenuhnya pada 29 September 2001.
           
           Setelah siap dibina, akhirnya projek pembinaan sekolah ini telah diserahkan semula pada Kementerian Pendidikan pada 12 November 2002. Sekolah ini mula beroperasi secara rasmi pada 6 Januari 2003. Nama sekolah juga telah ditukar daripada SMK Dwi Tasik kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tasik.
           
           Pn.Zuruwati bt Awang telah dilantik sebagai  penjaga sementara atau ‘care taker’ yang kemudiannya bertugas sebagai Guru Penolong Kanan ( Tadbir dan Kurikulum) yang pertama sekolah ini. Beliau merupakan tenaga perintis atau jentera utama yang mengasaskan pentadbiran sekolah ini.
           
           Pada 2 Mei 2003, SMK Seri Tasik telah menerima  Pengetua pertamanya iaitu Datin Hajah Rashidah Bt Mohd Yusof. Sebelum itu, beliau berkhidmat di Lembaga Peperiksaan Malaysia. Namun tempoh perkhidmatannya di sekolah ini tidak lama. Beliau menamatkan khidmatnya sebagai Pengetua di sekolah ini pada 29 Februari 2004 kerana mendapat tawaran sebagai Pengarah di Bahagian  Pemaju Masyarakat (Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri).
        
          SMK Seri Tasik mula beroperasi di sesi pagi sahaja sehinggalah sekarang. Setakat ini, bangunan sekolah masih mampu menempatkan kesemua murid di sesi pagi. Setahu saya, pada mula-mula sesi persekolahan di buka pada tahun 2003, hanya ada 2 kelas Tingkatan 1 dan 3 kelas Tingkatan 2 sahaja ditawarkan di sekolah ini.