Recent Posts

Selamat datang ke blog rasmi SMK Seri Tasik,Jalan 6/106 , Bandar Sri Permaisuri ,56000 ,Cheras , KL. No Tel :03-91726824 No Tel(PPKI): 03-91734620 No Faks : 03-91714754 Email : wea0245@moe.edu.my

Thursday 28 June 2012

Bicara Ilmu 2012

Pada 22 Jun 2012, Hari Bicara Ilmu telah diadakan untuk membincangkan prestasi akademik pelajar sekolah ini. Ramai sungguh ibubapa yang datang pada hari tersebut. Oleh sebab telah ada sistem analisa peperiksaan yang canggih, ibubapa boleh melihat keputusan anak-anak mereka melalui internet sahaja iaitu di laman web http://saps.moe.gov.my.Senangkan???Sistem ini membolehkan mereka melihat semula analisa keputusan peperiksaan yang terdahulu juga.




Pelantikan Pengawas & Pengawas Pusat Sumber 2012

Pada 21 JUN 2012, Majlis Pelantikan Pengawas & Pengawas Pusat Sumber & Media untuk sesi 2012/2013 telah diadakan. Kehadiran INSPEKTOR Azahari dari IPD Cheras telah memeriahkan lagi majlis tersebut. Rashdan b Isa dari kelas 4 CEKAL telah dipilih sebagai KETUA PENGAWAS yang baru. Natrah Fariha dari kelas 4 AMANAH pula telah dilantik sebagai PENOLONG KETUA PENGAWAS. Taniah diucapkan kepada mereka berdua. Jalankanlah tugas dengan sebaik-baiknya demi menjaga nama baik sekolah kita....









Tuesday 19 June 2012

Sukan Tahunan

Pada 16 Jun 2012, SMK Seri Tasik telah mengadakan termasya Sukan Tahunannya buat kali ke-9 di padang sekolah ini. Semua acara telah berjaya dijalankan dengan lancar dan teratur. Namun, sebelum temasya berlansung...banyak betul persiapan yang terpaksa dilakukan. Semua guru dan pelajar telah bergotong-royong untuk menyiapkan khemah-khemah rumah sukan  yang dihias dengan begitu cantik sekali. Pelajar-pelajar yang menyertai perbarisan rumah sukan begitu bersemangat menjalani latihan supaya rumah mereka menang dan boleh menambah mata untuk rumah masing-masing.  Kadet Polis, Kadet Bomba dan Kadet Remaja  Sekolah turut 'gah' berbaris pada hari sukan tersebut. Tengoklah gambar-gambar tu...Akhirnya...lebih kurang jam 1:00 tgh, berakhirlah termasya sukan kali ke sembilan ini...rumah SYAHBANDAR telah dinobatkan sebagai JUARA!!!.










Wednesday 13 June 2012

Sambutan Hari Guru

Sebelum cuti sekolah bermula, iaitu pada 25 May 2012. Pihak sekolah telah mengadakan sambutan hari guru peringkat sekolah. ' Guru inovatif melonjakkan transfromasi pendidikan negara ' Demikian ialah tema sempana hari guru 2012 bagi semua negeri. Sambutan hari guru ini seperti tahun-tahun lepas. Pihak sekolah juga turut menyusun-atur acara dengan baik sekali. Guru-guru Smk Seri Tasik amat terhibur dengan persembahan yang dibuat oleh pelajar sekolah.

 Pengetua sekolah berucap bagi memulakan masjlis