Recent Posts

Selamat datang ke blog rasmi SMK Seri Tasik,Jalan 6/106 , Bandar Sri Permaisuri ,56000 ,Cheras , KL. No Tel :03-91726824 No Tel(PPKI): 03-91734620 No Faks : 03-91714754 Email : wea0245@moe.edu.my

Wednesday 17 April 2013

HARI KEUSAHAWANAN 2013

Pada 13 April 2013 yang lalu, telah berlangsung Hari Keusahawanan bagi tahun 2013 di SMK Seri Tasik. Rasionalnya, Hari Keusahawanan memberi peluang kepada para pelajar untuk menyemai kemahiran dalam perniagaan secara asas.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah jualan makanan, rumah hantu, karaoke, cabutan bertuah, permainan tricycle dan sebagainya.... Perasmian Hari Keusahawanan telah dirasmikan oleh pengetua sekolah sendiri, Pn Hjh. Siti Liah bt Che Muda

Sambutan juga amat menggalakkan. Terima kasih kepada semua warga sekolah yang telah menjayakannya....

Tuesday 16 April 2013

MAJLIS PERSARAAN PN KHAMISAH BT MUSTAFA PK KOKU SMK SERI TASIK

Pada 22 Mac 2013 yang lalu, telah berlangsung majlis persaraan PK Koku SMK Seri Tasik, Pn Khamisah bt Mustafa. Beliau telah berkhidmat di SMK Seri Tasik sejak tahun 2007 hingga 2013. Pihak sekolah berasa amat kehilangan beliau :Patah tumbuh, hilang berganti tapi tak sama dengan yang pergi. Semoga beliau gembira selalu mengisi masa-masa bersama keluarga....