Recent Posts

Selamat datang ke blog rasmi SMK Seri Tasik,Jalan 6/106 , Bandar Sri Permaisuri ,56000 ,Cheras , KL. No Tel :03-91726824 No Tel(PPKI): 03-91734620 No Faks : 03-91714754 Email : wea0245@moe.edu.my

Thursday 28 June 2012

Bicara Ilmu 2012

Pada 22 Jun 2012, Hari Bicara Ilmu telah diadakan untuk membincangkan prestasi akademik pelajar sekolah ini. Ramai sungguh ibubapa yang datang pada hari tersebut. Oleh sebab telah ada sistem analisa peperiksaan yang canggih, ibubapa boleh melihat keputusan anak-anak mereka melalui internet sahaja iaitu di laman web http://saps.moe.gov.my.Senangkan???Sistem ini membolehkan mereka melihat semula analisa keputusan peperiksaan yang terdahulu juga.




Pelantikan Pengawas & Pengawas Pusat Sumber 2012

Pada 21 JUN 2012, Majlis Pelantikan Pengawas & Pengawas Pusat Sumber & Media untuk sesi 2012/2013 telah diadakan. Kehadiran INSPEKTOR Azahari dari IPD Cheras telah memeriahkan lagi majlis tersebut. Rashdan b Isa dari kelas 4 CEKAL telah dipilih sebagai KETUA PENGAWAS yang baru. Natrah Fariha dari kelas 4 AMANAH pula telah dilantik sebagai PENOLONG KETUA PENGAWAS. Taniah diucapkan kepada mereka berdua. Jalankanlah tugas dengan sebaik-baiknya demi menjaga nama baik sekolah kita....