Recent Posts

Selamat datang ke blog rasmi SMK Seri Tasik,Jalan 6/106 , Bandar Sri Permaisuri ,56000 ,Cheras , KL. No Tel :03-91726824 No Tel(PPKI): 03-91734620 No Faks : 03-91714754 Email : wea0245@moe.edu.my

Wednesday 26 February 2014

Majlis Pelantikan Ketua & Penolong Ketua Tingkatan

Pada tarikh 24 FEBRUARI 2014 (ISNIN) , Majlis Pelantikan Ketua dan Penolong Ketua Tingkatan telah berlangsung . Perasmian dilakukan oleh PN.HJH. SITI LIAH BT CHE MUDA , Pengetua , SMK Seri Tasik yang bertempat di Dataran Cemerlang ,SMK Seri Tasik

Objektif majlis pelantikan ini ialah :


  • Membentuk identiti dan akhlak mulia pelajar yang berguna sebagai peluang untuk berkhidmat kepada sekolah .
  • Melahirkan individu yang menjadikan sifat tanggungjawab sebagai asas kejayaan peribadi . 
  • Melahirkan generasi yang berdedikasi dan beriltizam .
  • Memberi dorongan dan perangsang kepada pelajar untuk menjadi pemimpin dan contoh kepada pelajar lain dalam aspek sahsiah dan akademik .


















Tuesday 25 February 2014

Kejohanan Merentas Desa

Pada 22 Februari 2014 (Sabtu), satu acara iaitu Kejohanan Merentas Desa telah diadakan bertempat di Taman Tasik Permaisuri. Semua pelajar dikehendaki berkumpul di sana pada jam 7.30 pagi dan acara dimulakan dengan aktiviti memanaskan badan. 

Pelajar-pelajar dilepaskan mengikut kelas masing-masing. Kelas yang pertama ialah P1 dan P2, diikuti dengan P3. Seterusnya, L1 dan L2, diikuti dengan L3. 

Pada akhir acara ini, penyampaian hadiah berlangsung. Pemenang tempat pertama hingga kelima belas mendapat hadiah berupa pingat. Juara keseluruhan bagi rumah sukan ialah rumah Bendahara (biru), naib juara pula ialah rumah Syahbandar (hijau), diikuti dengan rumah Temenggung (kuning) dan tempat keempat ialah rumah Laksamana (merah).


Aktiviti senamrobik memanaskan badan.












Pelajar-pelajar perempuan bersedia untuk memulakan larian.


Pelajar-pelajar lelaki bersedia untuk dilepaskan berlari. 











Para pengawas yang bertugas bersama guru.


Ahli PBSM yang bertugas pada hari tersebut.





















Tuesday 11 February 2014

JADUAL PROGRAM Yes2 Guru Penyayang- NILAM

HARI/TARIKH
MASA
AKTIVITI/TEMPAT
TINDAKAN

ISNIN
17.02.2014

7.20-9.00 PAGI

Majlis Pelancaran Yes2 Guru Penyayang – NILAM
Di Dewan Terbilang

-Penyerahan Mentor Mentee

Semua AJK


9.00 pg-1.50 ptg

Pameran dan Pertandingan
-Pertandingan Ulasan Buku (Borang boleh didapati di Tapak Pameran sahaja)
-Akses Frog-VLE
-Akses Buku Digital
-Word Mania

Di Dewan Terbilang

-Pn. Salwa bt Ahmad
-Pn. Nur Khalisah bt Wahab
-En.Mohd Fadhlil Rahman b. Mohd Ali

SELASA
18.02.2014

7.20-7.30 pg

Kuiz NILAM

-Cik Eugenie Oh Siok Yii
-Pn. Nur Ain bt Mat Hassan

RABU-JUMAAT
19-21.02.2014

-

Pertandingan Ulasan Buku
-Tarikh akhir hantar pada 21.02.2014 (Jumaat)

-Cik Eugenie Oh Siok Yii
-Pn. Nur Ain bt Mat Hassan

ISNIN
24.02.2014
7.20
(Perhimpunan Rasmi)

Penyampaian Hadiah Pertandingan
-Kuiz
-Word Mania
-Ulasan buku
Persembahan Pemenang Tempat Pertama Ulasan Buku


-Pn. Juniwati bt Yusof
-Pn. Hazilawati bt Hamzah

TENTATIF PROGRAM

MAJLIS PELANCARAN Yes2 Guru Penyayang – NILAM
Pada: 17 Februari 2014
Masa: 7.30 Pagi
Tempat: Dewan Terbilang, SMK Seri Tasik, KL


7.20 PAGI


-PERHIMPUNAN RASMI



7.30 PAGI

-UCAPAN  ALUAN  PENGACARA  MAJLIS
 -TAKLIMAT PENYELARAS PROGRAM
PN.SALWA BT AHMAD
-UCAPAN PERASMIAN DAN PELANCARAN PROGRAM
PN.HJH.SITI LIAH BINTI CHE MUDA
PENGETUA , SMK SERI TASIK , KUALA LUMPUR



9.00 PAGI


-PERHIMPUNAN BERSURAI