Recent Posts

Selamat datang ke blog rasmi SMK Seri Tasik,Jalan 6/106 , Bandar Sri Permaisuri ,56000 ,Cheras , KL. No Tel :03-91726824 No Tel(PPKI): 03-91734620 No Faks : 03-91714754 Email : wea0245@moe.edu.my

Wednesday, 17 July 2013

Hari Sukan Sekolah 2013





Pada 22 Jun 2013, SMK Seri Tasik telah mengadakan Hari Kejohanan Olahraga dan Balapan di padang sekolah. Pada jam 10 pagi, pembukaan Hari Sukan Sekolah dimulakan dengan acara perbarisan bagi setiap rumah sukan. 





















Setelah tamat acara sukan berlangsung, rumah Syahbandar telah menjadi juara bagi keseluruhan acara yang dilangsungkan manakala rumah Temenggung telah menjadi juara bagi acara perbarisan.

Wednesday, 19 June 2013

SAMBUTAN HARI GURU SMKST 2013

Pada tanggal 23hb Mei 2013 yang lalu, Sek Men Seri Tasik telah mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Banyak aktiviti telah disediakan kepada para guru. Pengurusan sepenuhnya telah dikendalikan oleh para pengawas yang berdedikasi untuk menyambut hari guru pada tahun ini. Kesemua guru sangat berpuas hati dengan program yang dijalankan.....

                               
Puan  Zuruwati, Guru Penolong Kanan Kurikulum SMKST mengiringi ketua PIBG SMKST, Tuan Hj Rosli







Guru-guru mengadakan persembahan.....



Penyampaian cenderamata oleh pengetua sekolah, Pn. Hjh Siti Liah kepada guru-guru


 Jamuan makan diadakan sebagai penutup majlis....

Wednesday, 17 April 2013

HARI KEUSAHAWANAN 2013

Pada 13 April 2013 yang lalu, telah berlangsung Hari Keusahawanan bagi tahun 2013 di SMK Seri Tasik. Rasionalnya, Hari Keusahawanan memberi peluang kepada para pelajar untuk menyemai kemahiran dalam perniagaan secara asas.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah jualan makanan, rumah hantu, karaoke, cabutan bertuah, permainan tricycle dan sebagainya.... Perasmian Hari Keusahawanan telah dirasmikan oleh pengetua sekolah sendiri, Pn Hjh. Siti Liah bt Che Muda

Sambutan juga amat menggalakkan. Terima kasih kepada semua warga sekolah yang telah menjayakannya....