Recent Posts
Thursday, 16 February 2012
Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2012
Pada 10 Februari 2012 , pihak sekolah telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul dimana pihak sekolah telah menjemput tuan penceramah jemputan iaitu Ustaz Adlan bin Abdul Aziz daripada SMK Taman Yarl. Ceramah yang disampaikan oleh beliau begitu mantap dan telah berjaya menyuntik kesedaran akan kasihnya kami semua kepada junjungan kita Nabi Muhamad S.A.W. Sebenarnya, pada 6 Februari 2012, pihak sekolah telah menghantar beberapa orang pelajar sebagai wakil untuk menyertai pertandingan perarakan peringkat Masjid An-Najihin yang dianjurkan oleh komuniti setempat. Syabas kepada pelajar-pelajar yang telah menyertai perarakan ini.Kepada Ustazah Nadrah bt Anuar dan Ustaz Mohd Afiq bin Zahari, terima kasih kerana menjadi guru pengiring pelajar-pelajar tersebut...Tahun depan,jangan lupa masuk lagi ya!!!
Sunday, 5 February 2012
Pengumuman Keputusan PMR 2011
Pihak sekolah sangat berbesar hati kerana sekolah ini telah berjaya mencatat kejayaan yang boleh dibanggakan. Seramai 4 orang pelajar telah berjaya mendapat keputusan cemerlang 8A. Puan Siti Khalijah bt Hj Isa, selaku pengetua, telah mengambil mengambil inisiatif untuk memberi sedikit cenderahati kepada para pelajar yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Terima kasih....puan.
Wednesday, 1 February 2012
Doa Penerang Hati
Kepada guru-guru muslim, sila galakkan pelajar membaca doa ini sebelum memulakan pelajaran untuk mendapat keberkatan dan keredaan daripada Allah SWT.
Subscribe to:
Posts (Atom)
