Jawatan Kuasa ICT mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada seluruh warga SMK Seri Tasik.
Recent Posts
Tuesday, 28 August 2012
Saturday, 28 July 2012
LATIHAN VLE-FROG
Dua orang guru ICT sekolah ini iaitu Pn Salwa dan En Azlizan telah menghadiri Latihan VLE-FROG (Virtual Learning Environment) oleh YTL Communicatuins SDN BHD di PKG Pudu.Kursus ini berjalan selama 3 hari iaiatu pada 25,26 dan 28 Julai 2012.Kursus ini mendedahkan guru tentang prasarana pembelajaran di alam maya yang baru dan menyeronokkan.
Thursday, 12 July 2012
Minggu ICT
Pada 2 Julai 2012 yang lepas, SMK Seri Tasik telah mengadakan Minggu ICT serentak dengan Minggu Pusat Sumber Sekolah. Perasmian kedua-dua minggu ini telah disempurnakan oleh pengetua sekolah, Pn Hjh Siti Khalijah bt Hj Isa. Kedua-dua minggu ini berlansung selama seminggu iaiatu 2 -Julai 2012. Pelbagai aktiviti telah disediakan untuk para pelajar. Antaranya ialah
- Kursus Dalaman untuk guru-guru ICTL di Makmal Komputer 1 yang dikendalikan oleh Juruteknik Komputer SMKST iaitu En Hairul Saffarin bin Yaakob (9 Julai 2012)
Kursus ini mendedahkan kepada guru guru ICTL tentang sistem pengurusan Makmal Komputer Sekolah seperti perisian Netsupport Configurator, Blue Coat K9 Web Protection, SisLog dan sebagainya.
- Ceramah Tentang Keselamatan Data di Internet -Facebook oleh En Edwan bin Azzamudin dari Syarikat Cyber Security Malaysia. Pelajar yang menyertai ceramah ini adalah pelajar dari tingkatan 2 dan 4.
- Bengkel Animasi 2Dimensi - pelajar yang terlibat dalam bengkel ini ialah pelajar Tingkatan 1 dan 2 sahaja. Bengkel ini diadakan pada 4 & 11 Julai 2012 (2 Rabu berturut-turut). Bengkel ini telah mendedahkan para pelajar tentang cara membuat filem animasi 2-D seperti cerita KAMPUNG BOY !!! . Penceramah Bengkel Animasi jemputan ialah Muhd Firdaus bin Salim yang telah berjaya memenangi pertandingan Animasi (The Best Sound Effects) peringkat Negeri pada tahun 2010 yang lalu.
- Jualan peralatan ICT oleh syarikat Nadi Ayu Technologies Sdn Bhd. Jualan ini diadakan pada 5 & 6 Julai 2012. Jualan ini menjual barangan ICT dengan harga yang murah.
- Lawatan ke i-City"Snowalk, Shah Alam, pada 27 Julai 2012. Seramai 80 orang orang pelajar dan 5 orang guru terlibat dalam lawatan ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)






















